CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 0

[Sarawak] Suspek kes langgar lari dicekup

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (lima kanan) berjaya diberkas polis selepas dipercayai terlibat dengan insiden kemalangan langgar lari di Marudi.

MIRI: Seorang lelaki ditangkap polis di tepi Jalan Miri-Bintulu berdekatan Lambir di sini pada Rabu selepas disyaki terlibat dengan kes langgar lari.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat susulan maklumat diterima mengenai kes kemalangan langgar lari di Jalan Muhibbah, Kampung Pemindahan, Marudi.

“Semasa pasukan petugas Ops Bersepadu IPD Marudi menjalankan rondaan pencegahan jenayah, mereka telah menerima maklumat tentang kes kemalangan langgar lari.
“Maklumat awal memberitahu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah motosikal.

"Didapati SUV terbabit yang dipercayai melanggar motosikal telah melarikan diri menghala ke Miri,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis kemudiannya memburu kenderaan suspek dan berlaku aksi kejar mengejar di Jalan Marudi-Miri.

“Suspek akhirnya berjaya diberkas polis dengan bantuan kereta peronda polis (MPV) dari Miri di tepi Jalan Miri-Bintulu berdekatan Lambir.

“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Marudi untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan yang terlibat atas ketangkasan bertindak sehingga suspek berjaya diberkas.


utusanborneo.com.my/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.038899 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list