CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas disyaki cederakan teman wanita ditangkap

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:51 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (depan tengah) diberkas polis selepas dipercayai mencederakan teman wanitanya.

MIRI: Seorang lelaki warga emas diberkas polis di Kampung Bakam di sini, tengah malam Rabu selepas disyaki mencederakan teman wanitanya ketika sesi makan malam meraikan menjelang sambutan Hari Gawai.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 64 tahun itu berjaya ditangkap sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri sekitar jam 12.15 tengah malam.

"Tangkapan dilakukan sejurus mangsa berusia 47 tahun membuat laporan kepada polis," katanya.

Terdahulu, suspek dikatakan berang selepas mendakwa dirinya diburuk-burukkan teman wanitanya itu lalu menampar mangsa sehingga cedera.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di RPR Batu 6 Jalan Lutong-Pujut sekitar jam 9 malam.

Difahamkan, suspek dipercayai turut mengugut mencederakan mangsa sehingga lumpuh.

Sebelum kejadian, kedua-duanya baru sahaja selesai menghadiri makan malam bersama rakan mereka.

Susulan tangkapan terbabit, suspek dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama.


utusanborneo.com.my/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081513 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list