CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 0

[Sarawak] Tiada bantahan draf RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu berkata cadangan pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu.

"Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaaan perlembagaan ini dan  Jemaah Menteri  tiada bantahan  terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

"Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas," ujarnya.

Wan Junaidi berkata mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Dewan Rakyat maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Secara keseluruhan katanya lagi  RUU ini diambil maklum kabinet dan menegaskan persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun 2022 untuk diteliti, seterusnya memuktamatkan RUU tersebut.

Pada Mei lalu, media melaporkan Ahli Jawatankuasa Khas itu Lukanisman Awang Sauni sebagai berkata jawatankuasa berkenaan sudah mencapai kata sepakat berhubung perkara dasar draf RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Lukanisman berkata, kerangka asas yang akan dikemukakan ialah untuk memastikan tiada lagi aktiviti melompat parti berlaku sekali gus mengharapkan kestabilan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, setakat ini segala pendapat dan pandangan sudah diambil kira termasuk daripada badan bukan kerajaan, pakar perlembagaan, pengamal undang-undang dan ahli akademik.

"Kita sudah bawa semua laporan dalam mesyuarat. Kita menjangkakan akan ada pertambahan lain sekiranya perkara terbabit dibahas dan mungkin akan dibawa kepada jawatankuasa pemandu untuk penambahbaikan.

"Bagaimanapun secara asasnya, di dalam pindaan perlembagaan akan dengan jelas apakah maksud lompat parti dan apa akan berlaku sekiranya seorang ahli Parlimen menyatakan keluar parti, beliau akan kehilangan hak sebagai ahli Parlimen," katanya.

Terdahulu Wan Junaidi dilaporkan media sebagai berkata RUU terbabit dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai ini iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima yang bermula 18 Julai nanti.

Beliau berkata, jika RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang terbabit, ia boleh diwartakan seawal Januari depan.


utusanborneo.com.my/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.042556 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list