CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

[Kelantan] Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

[Copy link]
Post time 12-6-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam.

Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 malam remaja itu masih belum pulang.

"Sebaik berjaya dihubungi ahli keluarga, mangsa memberitahu berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki.

"Ahli keluarganya bergegas ke lokasi dan ketika memeriksa bilik di premis terbabit, mereka terdengar suara mangsa dari sebuah bilik yang mana seorang lelaki sedang tidur di hadapan bilik terbabit.

"Selepas beberapa minit diketuk, pintu bilik itu dibuka dan pengadu mendapati mangsa berada bersama dua lelaki," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Amran berkata, ketika sedang menyoal tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu, seorang daripadanya melarikan diri selepas berlaku pergelutan dan hasil rakaman percakapan, mangsa dipaksa masuk ke dalam bilik malah ketiga-tiga suspek enggan menghantarnya pulang ke rumah.

Katanya, mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar.

"Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan hasil pemeriksaan yang dibuat, terdapat kesan koyakan lama akibat objek tumpul.

"Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal Mei tahun ini.

"Dua suspek itu ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 16 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dicabul-dua-lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2022 11:39 AM | Show all posts
blanje nasi goreng air teh ais dh boleh kenduri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.175293 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list