CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Pahang] Pemandu Porsche Macan maut nahas babit Proton Waja, Proton Saga

[Copy link]
Post time 12-6-2022 09:11 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kenderaan jenis Porsche Macan yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 55.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.

Pemandu Porsche Macan maut nahas babit Proton Waja, Proton Saga

BENTONG – Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Porsche Macan maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar dua buah kereta sebelum terbabas di Kilometer 55.6, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian pada pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Lee Cheng Yik, 22, dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Bentong.

“Apabila tiba di tempat kejadian dipercayai pemandu Porsche Macan yang cuba memotong kereta Proton Waja melanggar bahagian lampu belakang sebelah kanan kereta itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut berpusing.


Keadaan kenderaan jenis Porsche Macan yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 55.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.

“Kereta Proton Waja itu melanggar besi pembahagi jalan manakala Porsche pula melanggar bahagian belakang kereta Proton Saga FLX sebelum memasuki lorong jalan keluar sebuah stesen minyak,” katanya di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, pemandu Porsche meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Waja dan Proton Saga tidak cedera.

Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Bentong di sini untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan selekoh dua hala dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ja-dan-proton-saga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043249 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list