View: 493|Reply: 0
|
[Kelantan]
Buruh didakwa rogol anak kandung
[Copy link]
|
|
TERTUDUH (berbaju oren) didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Pasir Mas: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya, bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rozaidi Yaakob.
Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 39 tahun didakwa merogol seorang remaja yang berusia 14 tahun tanpa kerelaannya.
Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Tanah Merah jam 12 tengah malam pada 31 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2) Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga 30 tahun dan juga sebat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ahmad Syafiq tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rogol-anak-kandung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|