CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 1

[Kelantan] demo dok kenal bare,Remaja 15 tahun dirogol jiran

[Copy link]
Post time 13-6-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 15 tahun dirogol jiran


Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga yang juga jirannya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dirogol oleh suspek berusia 20-an ketika keluar rumah.

Beliau berkata, dalam laporan yang dibuat, ibu mangsa mendapati anak perempuannya tiada di rumah sebelum remaja itu pulang kira-kira jam 7.50 malam pada hari sama.

"Ibu mangsa mengesyaki anaknya itu keluar bersama kawan lelaki dan dikatakan bersiar dengan membonceng motosikal suspek sebelum dirogol.

"Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek yang juga jiran mangsa di kawasan Jalan Kampung Bunut payong, kira-kira jam 8.30 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

"Ujian saringan dilakukan ke atas suspek yang masih bujang mendapati positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki dua rekod jenayah lalu termasuk berkaitan dadah.

"Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat," katanya.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... tahun-dirogol-jiran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 10:41 PM | Show all posts
geng pilot darat nie papa pulang.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list