CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Pulau Pinang] Elias derma darah 84 kali

[Copy link]
Post time 13-6-2022 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Elias derma darah 84 kali

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 13, 2022 @ 5:59pm  [email protected]




Elias menunjukkan buku merah sijil perkhidmatan pemindahan darah miliknya. - Foto NSTP/Danial Saad




GEORGETOWN: Setiap tahun Elias Che Man, 56, akan menderma darah antara tiga hingga empat kali setahun dan rutin itu dianggap sebagai amal jariah, usaha menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.

Polis pengiring berpangkat Sarjan itu berkata, dia telah menderma darah sejak memasuki perkhidmatan pasukan beruniform itu ketika berusia 19 tahun.

"Kalau diikutkan lebih 90 kali saya menderma darah tetapi ada sebuah buku merah derma darah hilang dalam simpanan menjadikan jumlah yang direkodkan setakat ini ialah sebanyak 84 kali.

"Setiap kali tiba masa saya menderma darah iaitu dalam selang masa tiga bulan saya berasa berat dan lesu jadi biasanya saya tidak akan berlengah untuk melakukan rutin itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anak jati Baling, Kedah itu berkata, dia pernah menerima mesej tular dalam aplikasi WhatsApp yang menyatakan seorang individu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum terus bergegas ke sana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penderma darah.

"Ia berlaku ketika pandemik kira-kira dua tahun lalu dengan jangkitan kes agak tinggi menyebabkan berlaku kekurangan bekalan darah dan tidak ramai orang yang mampu melakukannya serta-merta berikutan masalah kesihatan dan sebagainya.

"Ketika itu saya sangat berharap dia dapat diselamatkan walaupun secara peribadi tidak mengenali dirinya," katanya.

Sempena meraikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia yang diraikan setiap 14 Jun esok, Elias berharap lebih ramai individu terutamanya generasi muda tampil menjadi penderma darah jika tidak berhalangan dan proses itu hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit bergantung situasi tubuh seseorang.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, meskipun penderma darah mendapat beberapa kelebihan bergantung kepada kekerapan menderma seperti rawatan perubatan percuma kelas pertama dia melakukannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Mungkin kerana saya sendiri adalah penjawat awam yang berpeluang menikmati pelbagai faedah perubatan yang disediakan kerajaan.

"Saya cuma berhasrat untuk terus melakukannya selagi kesihatan mengizinkan untuk membantu seramai mungkin insan yang memerlukan walaupun selepas bersara kelak," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063692 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list