CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Terengganu] Semangat guru OKU tidak luntur berkerusi roda tunai haji

[Copy link]
Post time 15-6-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode

AZHAR Abd. Aziz menerima sumbangan daripada Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Majlis Pelepasan Jemaah Haji Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI


KUALA NERUS: Seorang jemaah orang kurang upaya (OKU) bersyukur kerana doa dan impiannya untuk menunaikan ibadah haji akhirnya dimakbulkan selepas tertangguh sejak dua tahun lalu akibat Covid-19.

Azhar Abd. Aziz, 52, dari Kampung Buluh Gading di Kuala Terengganu bersama isterinya, Juwairiah Wahab, 52, adalah antara 804 jemaah dari negeri ini yang berlepas ke Tanah Suci Mekah, semalam.

Guru Sekolah Menengah Teknik Terengganu itu berkata, walaupun terpaksa berkerusi roda, kepayahan itu tidak melemahkan semangatnya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Sebelum ini badan sihat tetapi tiada rezeki untuk saya dan isteri menunaikan haji sebab penularan Covid-19 pada 2020 walaupun sudah mengikuti kursus dalam talian.

“Akhir tahun lepas saya kemalangan jalan raya hingga patah tulang belakang dan dalam keadaan fizikal yang kekurangan, saya serta isteri bersyukur kerana berpeluang menerima panggilan ke Baitullah,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelepasan Jemaah yang disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Azhar berkata, sekiranya tawaran itu ditolak, berkemungkinan tiada rezekinya untuk bergelar jemaah haji dalam masa terdekat.

Katanya, selain mereka suami isteri, perjalanan menunaikan ibadah haji turut disertai adik iparnya, Mazni Wahab, 46, dan suami, Fadhil Hussin, 49. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... si-roda-tunai-haji/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061988 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list