CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Pahang] 300 calon SPM 2021 peroleh semua A di Pahang

[Copy link]
Post time 16-6-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman menyampaikan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 kepada calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Seramai 300 daripada 17,528 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini memperoleh keputusan semua A.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, pencapaian keseluruhan prestasi Gred Purata Negeri (GPN) Pahang ialah 4.74 dengan 10 sekolah tersenarai sebagai sekolah terbaik termasuk tiga sekolah harian.

"Sekolah berkenaan ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, Kuantan; Sekolah Menengah (SM) Sains Tengku Abdullah, Raub; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Kuantan dan SBPI Temerloh, Temerloh.

"Selain itu, SMK Jengka Pusat, Maran; Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Bentong, Bentong; SMK Seri Bera, Bera; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan; SBPI Tun Abdul Razak (Pekan) dan Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan," katanya pada sidang media di SMK Abdul Rahman Talib, di sini, hari ini.

Bagi prestasi calon dalam kalangan pelajar Orang Asli, katanya, seramai 24 daripada 616 calon memperoleh keputusan sekurang-kurang 5A.

"Daripada 106 Calon Berkeperluan Khas (CBK), lima calon memperoleh sekurang-kurang 5A membabitkan dua calon orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan tiga calon masalah pembelajaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... leh-semua-di-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.893424 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list