CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Terengganu] Mimpi hilang suami jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 18-6-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Rohana (kiri) menceritakan berhubung kemalangan yang menimpa suaminya, Rosdi Yaakob yang maut dalam kemalangan kepada jirannya. FOTO ROSLI ILHAM

Dungun: Tiga hari lalu, Rohana Abdullah bermimpi suaminya lemas ketika mereka berkelah di tepi sungai dan semalam, dia benar-benar kehilangan insan kesayangannya itu akibat kemalangan.

Mohd Rosdi Yaakub, 48, meninggal dunia bersama rakannya, Kamariduan Mohamed, 41, selepas dirempuh kereta yang terbabas di tepi jalan di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dekat Ketengah Jaya pada 5.15 petang.

Ketika kejadian, dua sahabat itu sedang berbual di tepi kedai kotak yang menjual barangan runcit. Rempuhan turut menyebabkan kedai itu musnah.

Rohana, 47, berkata, dalam mimpi itu, dia sangat sedih apabila terlepas pegangan tangan suaminya dan melihat Mohd Rosdi tenggelam ke dasar sungai.

"Saya tidak menceritakan mimpi itu kepada arwah mahupun lima anak yang berusia antara sembilan hingga 27 tahun.

"Tidak saya duga rupanya mimpi itu membawa petanda yang saya akan kehilangan arwah buat selama-lamanya.

"Sebelum kejadian pun arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan pergi kerja seperti biasa pada hari kejadian," katanya

"Arwah tidak menunjukkan sebarang perbuatan pelik bagaimanapun sebelum pergi kerja pada pagi kejadian itu, dia bersalam dengan saya dan memegang tangan saya dengan sangat lama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kerteh 6, hari ini.

Menurut Rohana lagi, ketika insiden itu berlaku, dia bekerja sebagai kerani di stesen minyak berhampiran tempat kejadian, manakala Mohd Rosdi menjadi penyelia di kedai perkakas di hadapan tempat kejadian.

"Ketika sedang bekerja, saya dengar bunyi letupan kuat dan rakan setugas maklum ada kemalangan di depan kedai tempat suami bekerja.

"Saya mulanya bimbang anak (Asyraf Farhan, 24) yang bekerja sebagai pemandu lori di kedai perkakasan itu terbabit kemalangan, malangnya rakan suami maklumkan suami yang terbabit," katanya

Dia memberitahu sempat memangku suaminya yang berlumuran darah dan membisikkan kalimah syahadah hingga Mohd Rosdi dibawa ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Menurutnya, arwah menghembuskan nafas terakhir di klinik itu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketengah Jaya pada jam 3 pagi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uami-jadi-kenyataan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.309545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list