CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Pahang] JKM, rakan strategik bantu penduduk Pulau Tioman

[Copy link]
Post time 19-6-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Johari (dua dari kiri) dan Zulkhairi (kanan) pada program pemantapan dan penyelarasan pengagihan bekalan makanan PDM-JKM bersama inter agensi di Pulau Tioman. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

ROMPIN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bersama empat rakan strategik akan membantu penduduk Pulau Tioman menghadapi monsun timut laut yang dijangka berlaku akhir tahun ini.

Kerjasama dalam pelbagai perkara antaranya membabitkan penyediaan bekalan makanan, bantuan menyelamat, pengagihan dan logestik.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata ini kali ke tiga sejak 2020 pihaknya menjalinkan kerjasama berkenaan yang diharap dapat melancarkan lagi setiap aktiviti sepanjang musim monsun timur laut.

Beliau berkata, apabila musim monsun timur laut semua aktiviti di laut tidak boleh dilakukan berikutan laut bergelora dan ketika itu penduduk di pulau peranginan itu memerlukan bantuan berbentuk makanan dalam tempoh masa tertentu.


Justeru katanya, rakan strategik yang dibentuk akan membantu mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan penduduk Pulau Tioman tidak terputus bekalan makanan.

"Rakan strategik JKM membabitkan MUIP Holdings Sdn Bhd, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah Rompin dan Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

"Agensi terbabit mempunyai peranan dan tugas masing-masing, sebagai contoh MUIP Holdings yang memiliki Pasaraya Darul Makmur (PDM) akan menyediakan bekalan yang telah disenaraikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada program pemantapan dan penyelarasan pengagihan bekalan makanan PDM-JKM bersama inter agensi di Pulau Tioman, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUIP Holdings, Ahmad Mustaqim Mohd Zain.

Zulkhairi berkata, tahun lalu kerajaan negeri menyediakan 31 tan bekalan makanan yang diagihkan ke lima Pangkalan Hadapan di Pulau Tioman membabitkan Kampung Mukut, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Tekek dan Kampung Genting.

"Bantuan makanan yang disediakan akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) apabila penduduk tidak dapat melakukan semua aktiviti di laut di samping penutupan sektor pelancongan.

"Antara barangan bantuan disediakan seperti beras, biskut, gula, tepung, minyak masak, sardin dan kopi yang mampu bertahan untuk kira-kira 10 hari.

"Program itu memberi manfaat kepada lebih 750 KIR dan lebih 2,800 ahli isi rumah di pulau itu. Selain itu bantuan barangan seperti selimut, tuala dan kain pelikat turut disediakan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... nduduk-pulau-tioman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.038930 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list