CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Kelantan] Kerosakan Lebuhraya Timur-Barat jajaran Kelantan dibaiki berperingkat

[Copy link]
Post time 19-6-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Mustapa (dua kiri) bersama Ir Mohd Suhaili (kiri) berbincang peruntukan penyelenggaraan Lebuhraya Timur Barat yang sering tular akibat jalan rosak, di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Jeli: Sebanyak 24 lokasi sepanjang 115 kilometer (km) Lebuhraya Timur-Barat bagi jajaran di Kelantan perlu diselenggara akibat mengalami kerosakan membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM19.8 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi jajaran Kelantan, sebanyak RM16.6 juta dibelanjakan pada tahun lalu untuk kerja-kerja penyelenggaraan manakala tahun ini sebanyak RM10.9 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan di 11 lokasi jajaran ini.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan memaklumkan terdapat 13 lokasi lagi yang perlu diselenggara membabitkan kos RM8.9 juta dan bajet ini belum diluluskan.

"Secara keseluruhan penyelenggaraan di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat sudah dilaksanakan secara berperingkat, namun peruntukan lebih besar diperlukan terutama bagi jajaran di Perak," katanya pada sidang media ketika meninjau Lebuhraya Timur-Barat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKR Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail.

Lebuhraya Timur-Barat membabitkan laluan sepanjang 313.7 km bermula dari Baling, Kedah melalui Gerik, Perak; Jeli sehingga ke Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan akan memberi keutamaan kepada peruntukan penyelenggaraan aset bagi semua kementerian dalam penyediaan Bajet 2023 akan datang.

Menurutnya, ia merangkumi penyelenggaraan aset kerajaan termasuk peralatan, bangunan dan jalan raya.

Katanya, perkara itu diputuskan baru-baru ini ketika Unit Perancang Ekonomi JPM membentangkan kertas Jemaah Menteri mengenai keperluan penyediaan peruntukan lebih besar untuk tujuan penyelenggaraan aset kerajaan.

"Kerajaan memandang serius perkara ini dan Jemaah Menteri mengarahkan EPU dan Kementerian Kewangan untuk memberi keutamaan kepada peruntukan penyelenggaraan.

"Peruntukan bagi kementerian yang mempunyai prestasi perbelanjaan rendah dicadangkan untuk diagih semula bagi menampung keperluan perbelanjaan penyelenggaraan kepada kementerian yang memerlukan.

"Budaya penyelenggaraan perlu dititik berat bagi memastikan aset dan kemudahan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibaiki-berperingkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.110758 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list