CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kelantan] Kecurian balak, Save Kelantan gesa kerajaan negeri ambil tindakan tegas

[Copy link]
Post time 21-6-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode

Husam Musa meninjau Kawasan Matau balak yang terletak di Kuala Betis, hari ini. NSTP/PAYA LINDA YAHYA

GUA MUSANG: Save Kelantan menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam syarikat yang terbabit dengan kecurian balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri.

Susulan pendedahan mengenai kecurian balak di HSK Nenggiri, baru-baru ini, oleh Pengerusinya, Datuk Husam Musa, Save Kelantan turun padang untuk melihat sendiri balak yang disita di matau, di sini, hari ini.

Husam berkata, kehadiran aktivis Save Kelantan ke matau bersebelahan Daulah Najah Sdn Bhd adalah bagi membuktikan sememangnya berlaku kecurian balak di HSK Nenggiri seperti didedahkan sebelum ini.

"Kita datang untuk mengesahkan memang ada kecurian balak. Saya tak tahu cara menganggarkan tetapi mengikut maklumat yang saya dapat, ini hanya satu daripada beberapa longgokan (balak). Ada lagi di dalam HSK Nenggiri di mana balak dikumpulkan dan itu belum dinilai.


"Berapa jumlahnya, di sini, setengahnya nilai ada lebih kurang RM5 juta dan mungkin kalau dicampur kesemua sekali jumlahnya adalah RM8 juta. Satu jumlah yang agak banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Betis, di sini, hari ini.

Husam berkata, hasil pemerhatiannya terdapat 43 longgokan balak di matau terbabit yang disita.

"Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia masih dalam proses siasatan dan apa yang penting ialah kerajaan negeri, selain mengakui adanya kejadian kecurian, cari siapa pencuri sebenar.

"Sampai hari ini, kerajaan Kelantan tak memberikan penjelasan lanjut, seperti tidak mahu ambil tanggungjawablah. Jadi kami mewakili rakyat Kelantan berasa kesal, kerana jika dibiarkan seluruh kawasan itu akan dicerobohi," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri, di sini.
https://www.bharian.com.my/berit ... mbil-tindakan-tegas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038975 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list