CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Terengganu] Tabung Bencana NSTP-Media Prima bantu mangsa banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 21-6-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU 21 JUN 2022. Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (tengah) menyaksikan Penyerahan Bantuan Sumbangan Banjir melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima di antara Rafiq Razali (dua kanan) kepada Mazura Ngah Abd Manan (dua kiri) di Wisma Negeri. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Media Prima Berhad (MPB) menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima meneruskan tradisi menyantuni golongan yang memerlukan dengan menyalurkan bantuan wang tunai berjumlah RM141,200 kepada 706 keluarga mangsa banjir yang terkesan di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali berkata, MPB sangat aktif dengan aktiviti projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti membantu mereka yang dilanda musibah dan bantuan perubatan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, aktiviti-aktiviti CSR dapat dilaksanakan dengan sokongan kuat daripada orang ramai melalui sumbangan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima di mana ratusan ribu rakyat Malaysia menerima manfaat daripada sumbangan berkenaan.

"Bagi pihak MPB, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang memberi kepercayaan kepada kami untuk terus membantu dan menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

"MPB sentiasa beriltizam untuk menyumbang bakti kepada pemegang taruh yang memerlukan dan kami berharap usaha serta serahan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Tunai Mangsa Banjir kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah JKM Terengganu Mazura Ngah Abd Manan.

Sementara itu, Mazura berkata, pihaknya menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan sekali gus dapat meringankan beban mereka yang terjejas.

"Bagi pihak JKM, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dalam Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

"Melalui sumbangan ini, ia banyak meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk pada banjir di Terengganu, awal tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, petani, Ramzan Mamat, 60, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu berkata, dia amat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan.

"Memang tidak sangka akan dapat sumbangan lagi memandangkan kejadian banjir sudah lama berlaku. Saya berterima kasih kepada MPB dan penyumbang kepada tabung ini atas keprihatinan membantu kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.468789 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list