CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Kelantan] Mayat tersangkut pada pokok kelapa

[Copy link]
Post time 23-6-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemukan tersangkut pada pokok kelapa di FELDA Aring Satu, Gua Musang di sini, hari ini. - Foto ihsan bomba

GUA MUSANG: Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada pokok kelapa di FELDA Aring Satu, di sini, pagi tadi.

Mayat Zaharuddin Ramli, 47, ditemui tersangkut pada pokok kelapa pada ketinggian 12 meter, kira-kira jam 8.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor, berkata pihaknya menerima aduan jam 8.45 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

"Sejurus tiba, anggota mendapati seorang lelaki yang tidak sedarkan diri tersangkut pada pokok kelapa.


"Anggota bomba menggunakan tangga untuk memanjat pokok sebelum menurunkan mangsa pada ketinggian 12 meter menggunakan kaedah sambungan tali," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan kira-kira jam 11.40 pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-pada-pokok-kelapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.251044 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list