View: 392|Reply: 0
|
[Terengganu]
85 kes demam denggi di Terengganu
[Copy link]
|
|
Dr Kasemani (tengah) pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 Mengikut Norma Baharu di Kampung Gong Tok Nasek. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
KUALA TERENGGANU: Kes demam denggi di Terengganu menunjukkan trend peningkatan apabila sebanyak 85 kes direkodkan dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Jun lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding hanya 21 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
Beliau berkata, sebanyak 13 kes demam denggi dilaporkan sepanjang minggu lalu (12 Jun hingga 18 Jun) berbanding, hanya tujuh kes pada minggu sebelumnya sekali gus menjadi bilangan kes mingguan tertinggi sejak Januari tahun ini.
"Sebelum ini, purata kes demam denggi mingguan dilaporkan antara dua hingga sembilan kes seminggu dan situasi ini membimbangkan kita.
"Daripada segi pecahan mengikut daerah, Kuala Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 54 kes diikuti Kuala Nerus (lapan kes), Marang dan Kemaman masing-masing lima kes, Dungun (empat kes), Hulu Terengganu (empat kes), Besut (tiga kes) dan Setiu (dua kes).
"Bagaimanapun, tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan di Terengganu pada tahun lalu dan setakat 18 Jun lalu dengan dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun ini berbanding satu episod wabak tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 Mengikut Norma Baharu di Kampung Gong Tok Nasek di sini hari ini.
Dr Kasemani berkata, kes demam denggi di Terengganu menujukkan penurunan tahun lalu apabila hanya 49 kes demam denggi direkodkan berbanding sebanyak 404 kes pada 2020.
Katanya, peningkatan kes demam denggi ketika ini adalah disebabkan kebenaran masyarakatuntuk melakukan aktiviti seperti biasa.
"Jadi kita menasihatkan masyarakat supaya menjaga kebersihan persekitaran, maksudnya boleh beraktiviti tetapi pastikan tidak membuang sampah merata-rata, itu adalah tingkah laku yang perlu kita ubah.
"Selain itu, kita perlu menjaga kebersihan di kawasan rumah dan kita turut mengesyorkan masyarakat untuk menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk-nyamuk dewasa terutama yang berada di dalam rumah,"katanya.
Tambah Dr Kasemani lagi, sebanyak 80,845 premis seperti rumah kediaman dan kedai diperiksa dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Jun lalu dengan 1,445 premis dikompaun.
Katanya, sehingga kini, 329 kompaun sudah dibayar dengan nilai RM50,890 dan sebanyak 415 notis amaran turut dikeluarkan dalam tempoh sama.
https://www.bharian.com.my/berit ... enggi-di-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|