CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 1

[Terengganu] Bekalan ayam dalam negara stabil, mencukupi

[Copy link]
Post time 23-6-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Ronald Kiandee pada sidang media selepas merasmikan program Hari Peladang, Penternak & Nelayan, Negeri Terengganu di Dataran Pekan Jabi, Besut. FOTO GHAZALI KORI

Jertih: Bekalan ayam dalam negara stabil, mencukupi dan diagihkan mengikut keperluan pasaran semasa.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, hasil pemerhatian pihaknya sejak tiga hingga empat minggu lalu, tiada aduan berhubung isu gangguan bekalan ayam sama ada di peringkat pasar raya atau pasar tani.

Kata beliau, bekalan ayam dalam negara stabil namun berlaku kenaikan kos input yang dialami semua negara.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi selepas membuat keputusan menghentikan pemberian subsidi kepada pihak industri akhir bulan ini.

"Pemberian subsidi kepada pihak industri sebelum ini akan diganti dengan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar B40 secara langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Negeri Terengganu di Dataran Pekan Jabi, Besut di sini, hari ini.

Hadir merasmikan majlis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir EXCO Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim.

Ronald berkata, pihaknya pada tahun ini memperuntukkan lebih RM43.5 juta bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini.

"Peruntukan itu disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah Mafi bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan," katanya.

Beliau berkata, isu jaminan bekalan makanan negara antara isu yang di pandang rapi dan kerajaan bersedia untuk menghadapi sebarang gangguan dalam rantaian makanan sama ada jangka pendek atau panjang.

"Isu inflasi makanan yang dialami negara merupakan fenomena global dan negara kita juga tidak terkecuali.

"Kita juga tidak berdepan masalah bekalan ikan dan faktor turun naik harga ikan ditentukan berdasarkan faktor penawaran serta permintaan pasaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-stabil-mencukupi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 01:38 AM | Show all posts
ayam skrg kecik2 je saiz...yg size grade A tah p mn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045992 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list