CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Terengganu] Nenek jaga 3 cucu, reda pemergian anak dan menantu

[Copy link]
Post time 27-6-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Amirullah (kanan), Qistina Amalina (kiri) dan Qasdina Afiqah melihat foto kenangan Allahyarham bapa dan ibu mereka. - NSTP/ROSLI ILHAM

CHUKAI: "Selagi ada kudrat, saya akan jaga mereka sedaya upaya, nak lihat mereka berjaya dalam ilmu agama dan pendidikan," kata Rahani Ismail, nenek tiga beradik yang yatim piatu sekelip mata selepas bapa dan ibu mereka maut kemalangan di Dungun, dekat sini kelmarin.

Rahani, 61, ibu Allahyarham Rabiatuladawiah Saufi, 36, yang maut bersama suami, Mohd Abdika Razali, 36, apabila motosikal berkuasa tinggi Aprilia RSV4 dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Persimpangan Tanjung Jara.

Katanya, dia sangat sedih kehilangan anak dan menantu yang menyebabkan tiga cucunya, Mohd Amirullah Mohd Abdika, 16; Qistina Amalina, 13, dan Qasdina Afiqah, 8, menjadi yatim piatu.




Laporan BH Online semalam mengenai kemalangan mengorbankan Rabiatuladawiah Saufi, 36, dan suami, Mohd Abdika Razali, 36.

"Saya sentiasa berdoa kepada tuhan semoga memberi kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan melihat cucu membesar dan berjaya dalam pelajaran. Saya telah berbincang dengan keluarga menantu untuk sama-sama menjaga tiga cucu kami supaya berjaya," katanya.

Rahani mengakui awah anak dan menantunya sangat baik, sentiasa mengambil berat dan menyayangi tiga anak mereka.

"Saya sangat sedih tiga cucu ini kehilangan dua insan tersayang dalam dalam sekelip mata ketika masih memerlukan kasih sayang mereka, namun saya reda dengan semua itu," katanya sentiasa berpesan kepada cucu supaya belajar bersungguh-sungguh, tidak meninggalkan solat serta menjadi anak yang baik.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang kelmarin, Mohd Abdika yang menunggang motosikal dibonceng isterinya merempuh Toyota Innova dipandu lelaki warganegara China yang dikatakan secara tiba-tiba keluar dari simpang di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah, berkata pemandu MPV berusia 34 tahun berkenaan direman tiga hari sehingga 28 Jun untuk siasatan lanjut dengan hasil ujian saringan air kencing tidak mengesan dadah, manakala sampel darah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-anak-dan-menantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.556495 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list