CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1727|Reply: 5

[Tempatan] Berita gembira . Bulan depan OPR naik lagi.

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: AmBank Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM)
akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps),
semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Julai dengan mengunjurkan peningkatan inflasi turut akan berlaku.
Kenaikan sebanyak 50 bps akan menjadikan OPR kepada 2.50 peratus, selepas kenaikan 25 bps dibuat oleh BNM bulan lalu.
Firma penyelidikan itu menjangkakan inflasi keseluruhan negara adalah antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan pada Mei 202"Dengan purata lima bulan pertama pada 2.4 peratus, untuk mencapai sasaran kami jangkakan sebanyak 2.8 ke 3.0 peratus, purata tujuh bulan berikutnya harus berlegar antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus, ia dilihat sama dengan sasaran kami," katanya.


AmBank berkata, walaupun harga siling semasa untuk keseluruhan ayam standard
ditetapkan pada RM8.90 sekilogram (kg), harga purata untuk ayam pada Jun 2022 ialah RM9.70/kg.
"Ini memberi petunjuk bahawa penjual menjual melebihi harga siling sebanyak sembulanperatus,
ia pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas keseluruhan inflasi terhadap isi rumah," katanya.
Kerajaan memutuskan untuk tidak menghapuskan harga siling ayam tetapi memperkenalkan harga siling baharu, katanya.
"Kami berharap dengan memperkenalkan semula harga siling baharu untuk ayam,
penjual akan dapat menampung harga baharu ini tanpa menjejaskan aliran tunai mereka
dan memberi kurang tekanan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah," katanya.
AmBank Research menjangkakan harga siling baharu sedikit sebanyak mencerminkan
harga pasaran sebenar semasa untuk ayam antara RM10 dan RM12 sekilogram.
Selain itu, ia berkata penghapusan harga siling telur dan subsidi minyak masak sawit
akan memberi impak minimum ke atas keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) kerana
telur dan minyak hanya menyumbang 0.9 peratus daripada keseluruhan
bakul IHP.2 berada pada 2.8 peratus tahun ke tahun, menjadikan purata inflasi sepanjang tahun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun.


sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 05:09 AM | Show all posts
Aku rasa sebelum ini berapa kali OPR dah turun, sbb loan aku kurang sampai rm200+ gak bayaran bulanan dari mula2 sign, kira naik pun lebih kurang bayaran mcm awal2 dulu jelaj
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:31 AM | Show all posts
OPR naik... CPI naik

tp mesia masihhhhh aman...

ujan saja yg turunnnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:24 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 28-6-2022 05:09 AM
Aku rasa sebelum ini berapa kali OPR dah turun, sbb loan aku kurang sampai rm200+ gak bayaran bulana ...

monthly kereta iols naik sama macam sign agrrement dolu jugak

so no issue at all la kheeennnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:43 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 28-6-2022 10:49 AM
saviour_09 replied at 28-6-2022 09:24 AM
monthly kereta iols naik sama macam sign agrrement dolu jugak

so no issue at all la kheeennnn

loan kereta memang ler takde effect, interest fixed.

yang terkesan, yang buat loan rumah,
semua bakal terciduk, even "loan halal" bank Isle



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:05 PM | Show all posts
capiloton replied at 28-6-2022 10:43 AM
loan kereta memang ler takde effect, interest fixed.

yang terkesan, yang buat loan rumah,

eh pkp 2 years, monthly drop almost rm100 tuuuuu

fixed jugak ke?

ntah

as long as range aggreement ok je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.473589 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list