CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Pahang] Kakak terkilan tidak buat panggilan video

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Ahli keluarga mangsa kemalangan maut, tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: "Kali terakhir saya menerima mesej daripada arwah pada kira-kira 9 pagi semalam serta sempat bertanyakan keadaan kesihatan keluarganya dan sama ada akan balik pada hari raya Aidiladha nanti," kata kakak Muhammad Rosli Ibrahim, Siti Jainah Basiron.

Siti Jainah, 45, ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, hari ini.

Beliau yang menetap di Taman Koguna, Kampung Makam di Kota Tinggi, Johor itu dimaklumkan kemalangan yang menimpa keluarga berkenaan pada jam 5 petang, semalam.

Katanya, arwah Muhammad Rosli membalas mesej berkenaan dan menyatakan sihat, selain memaklumkan ke Pejabat Tanah Pekan sebelum ke Chini.


"Itulah kali terakhir perbualan saya dengan arwah melalui mesej," katanya..

Menurut Siti Jainah, perkara yang membuatkannya terkilan ialah kebiasaannya akan membuat panggilan video bersama adik-beradik lain.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak dilakukan sejak akhir-akhir ini kerana lebih kepada membalas mesej sahaja.

Siti Jainah berkata, dia turut dimaklumkan arwah hendak membuat pendawaian elektrik tetapi niat adiknya itu tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan.

"Sebenarnya, arwah adik datang ke Pejabat Tanah Pekan, Pekan untuk urusan tanah dan dikatakan singgah di Chini, Pekan.

"Kali terakhir saya bertemu arwah ialah pada hari raya Aidilfitri lalu dan ketika itu arwah adik ipar dan anak mereka tidak bersama.

"Tiada sebarang perubahan dan arwah kelihatan ceria pada hari raya itu kerana kami adik-beradik dapat bertemu," katanya.

Dalam kejadian 3.40 petang semalam, lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, di sini.

Mereka yang maut ialah Muhammad Rosli, Nor Afikah Abdullah Sani, 35, serta tiga anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Rajda, 6 dan bayi lelaki mereka, Muhammad Rizqi yang berusia setahun enam bulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... uat-panggilan-video

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072513 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list