CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Kelantan] 50,000 kontraktor Melayu gulung tikar

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Hampir 50,000 kontraktor Melayu gred G1 hingga G7 'gulung tikar' apabila tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama disebabkan kenaikan harga bahan binaan dan situasi pandemik Covid-19.

Timbalan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, jumlah kontraktor berkenaan tidak memperbaharui lesen sejak 2018 hingga kini.

Katanya, pelbagai faktor yang menyumbang masalah berkenaan termasuklah modal tidak mencukupi dan kekurangan projek susulan pandemik Covid-19.

"Di Malaysia, seramai 126,000 kontraktor sama ada yang berdaftar dan tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, hampir 50,000 kontraktor tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai kekangan terutama kos bahan binaan yang semakin meningkat.

"Mereka yang tidak memperbaharui lesen adalah kontraktor gred G1 hingga G7. Keadaan ini lebih terkesan apabila mereka yang tidak mampu memperbaharui lesen namun pada masa sama terpaksa menanggung hutang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Kelantan kali ke-45, di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan.

Mohd Rosdi berkata, kerajaan perlu memikirkan pelan pemulihan bagi membantu kontraktor yang berdepan masalah berkenaan.

"Jika dulu, kerajaan ada tabung pemulihan usahawan dan ia boleh membantu mereka yang berpotensi namun kehabisan modal.

"Setiap modal yang diperlukan untuk memperbaharui lesen bergantung kepada gred kontraktor masing-masing.

"Saya yakin kumpulan kontraktor ini tidak mampu menceburi bidang lain memandangkan perkara utama yang perlu difikirkan adalah faktor modal," katanya.

Mohd Rosdi yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan turut berharap supaya kerajaan sentiasa melakukan pemantauan berhubung kenaikan mendadak kos bahan binaan.

"Bahan binaan naik kita boleh terima namun sekiranya ia sentiasa berlaku kenaikan sehingga mencecah 30 peratus, saya beranggapan mungkin pihak tertentu cuba mengambil kesempatan.

"Justeru, kerajaan perlu mengadakan perjumpaan dengan pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini," katanya.


MOHD Rosdi Ab Aziz. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulung-tikar-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.734439 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list