CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Terengganu] Ingat ajal di laut

[Copy link]
Post time 2-7-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode

Zairi melakukan sujud syukur semasa selamat tiba di Jeti Maritim Malaysia di sini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Seorang pemancing hanya membayangkan hayatnya akan berakhir di tengah lautan selepas tiada sebarang bantuan diterima dalam tempoh seminggu.

Zairi Nuruddin, 50, dari Teluk Intan, Perak juga putus harapan apabila cubaannya bersama sembilan pemancing dan tiga kru untuk mendapatkan bantuan daripada bot-bot yang berada berhampiran turut gagal.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan seperti memasang lampu, membakar tayar dan kain untuk menarik perhatian, namun tiada bot menghampiri mereka untuk menghulurkan bantuan.


"Saya sebenarnya meletakkan harapan sehingga Rabu lalu, tetapi saya sudah fikir ajal saya di laut apabila tiada bantuan yang tiba.

"Sepanjang tempoh itu, solat hajat dan zikir serta doa yang tidak putus-putus menjadi amalan dan Alhamdulillah, akhirnya bantuan tiba pagi semalam (Jumaat) kira-kira 30 minit selepas saya melaungkan azan pada 7 pagi.

"Selama beberapa hari hanyut di laut, tidak ada yang datang membantu namun semalam, ada sebuah bot datang terus kepada kami dan menghulurkan bantuan dengan membawa kami ke pelantar berhampiran," katanya ketika ditemui di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini, hari ini.

Ketika mengimbas pengalaman pahit itu, Zairi berkata, mereka mula menyedari bot dinaiki rosak pada Ahad lalu sebelum mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Apabila enjin gagal dihidupkan selain ketiadaan peralatan komunikasi, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami. Selain bergilir-gilir memberi isyarat, kami juga terpaksa mencatu makanan yang semakin berkurangan sejak Rabu lalu selain menadah air hujan.

"Keadaan ketika itu juga sangat bahaya kerana ada masanya ombak mencecah tiga hingga empat meter.

"Sepanjang 20 tahun memancing, ini pengalaman terburuk pernah saya alami dan akan lebih berhati-hati dalam mendapatkan perkhidmatan yang menawarkan pakej pemancing pada masa depan," katanya.

Zairi turut melahirkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang menbantu mencari mereka.

"Terima kasih kepada semua dan hanya Allah yang dapat membantu membalas jasa anda semua.

"Mungkin mereka ini ada mendengar cerita kehilangan dan ia berlaku dengan keizinan Allah yang membuka hati mereka untuk membantu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /ingat-ajal-di-laut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.041463 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list