View: 476|Reply: 0
|
[Johor]
Bumbung pusat jagaan tercabut, 40 OKU selamat
[Copy link]
|
|
Keadaan bumbung Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas, Johor Bahru yang tercabut dalam kejadian ribut pagi hari ini. FOTO ihsan pusat jagaan
Johor Bahru: "Mujur semua penghuni sudah masuk ke dalam pusat jagaan ketika hujan lebat kerana selang beberapa minit kemudian bumbung di ruang rehat tercabut dan menimpa meja serta kerusi di situ," kata Pengerusi Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas Jefri Abdul Rahman di Jalan Banjaran 6, Kempas di sini, hari ini.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Jefri berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 10.30 pagi.
Menurutnya, kebiasaannya sebelum waktu makan tengah hari, seramai 40 penghuni di pusat jagaan itu yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) akan berehat di bahagian ruang rehat berbumbung di dalam kawasan.
Katanya, ia bagi tujuan mendedahkan mereka kepada cahaya matahari selain melakukan aktiviti harian.
"Bagaimanapun, apabila hujan lebat melanda kawasan ini, kami meminta kesemua mereka untuk memasuki ke dalam rumah.
"Selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi dentuman kuat sebelum kami mendapati bumbung di ruang rehat tercabut.
"Kami bersyukur kerana semua penghuni pusat jagaan dalam keadaan selamat," katanya.
Jefri berkata, kos bagi membaik pulih kerosakan bumbung itu dijangka membabitkan kos kira-kira RM30,000.
"Kami mengalu-alukan agensi kerajaan atau orang ramai menyumbang dana bagi membolehkan kami menjalankan kerja baik pulih dengan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abut-40-oku-selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|