View: 416|Reply: 0
|
[Johor]
Penganggur dipenjara dua tahun, mengaku culik budak
[Copy link]
|
|
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengaku salah menculik seorang kanak-kanak. FOTO Izz Laily Hussein
Johor Bahru: Penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku salah menculik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Scientex, Pasir Gudang pada 11 Mei lalu.
Tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, dijatuhkan hukuman itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
Pada 17 Mei lalu, Muhammad Rahim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Mohd Zulhilmi.
Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sebutan semula kes itu namun tertuduh yang tidak diwakili peguam menukar pengakuannya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 11 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menculik kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun daripada penjagaan yang sah berhampiran Sekolah Agama Taman Scientex di sini, pada 11.30 pagi, 11 Mei lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Arif Marzuki dan Danial Munir.
Pada 11 Mei lalu, video menunjukkan seorang lelaki melarikan kanak-kanak berpakaian seragam sekolah agama tular di media sosial.
Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mengaku-culik-budak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|