View: 441|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kilang sorok minyak masak diserbu KPDNHEP
[Copy link]
|
|
Penguatkuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan menerusi Ops Anti Sorok di sebuah kilang memproses makanan di Sikamat, di sini, pagi tadi, kerana disyaki menyimpan minyak masak paket bersubsidi tanpa kebenaran. Foto ihsan KPDNHEP
Seremban: Sebuah kilang memproses makanan di Sikamat, di sini, dikesan mengambil kesempatan menyorok minyak masak paket bersubsidi ketika isu kekurangan bekalan bahan berkenaan semakin kritikal.
Susulan risikan dilakukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, satu serbuan dijalankan di premis berkenaan, hari ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan Abd Muis Shamsudin berkata, pemeriksaan di premis berkenaan menerusi Ops ATM dan Ops Anti Sorok menemui 612 kilogram minyak masak paket bersubsidi.
"Anggota penguatkuasa kami menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang memproses makanan di Sikamat dan menemui sebanyak 612 kg minyak masak paket bersubsidi dan 5 tong minyak masak di dalam premis berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak masak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, premis itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua minyak disita untuk tujuan siasatan lanjut.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,625," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama bagi membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barang kawalan dan memastikan keberadaan bekalan terutama barang makanan sentiasa mencukupi serta mudah diperoleh pengguna pada harga berpatutan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sak-diserbu-kpdnhep |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|