CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 2

[Kelantan] Kanak-kanak positif dadah makin pulih

[Copy link]
Post time 13-7-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Krai: "Sudah seminggu anak dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih," kata ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal kerana terdapat kandungan dadah dalam badan, baru-baru ini.

Wanita berkenaan berkata, anaknya, kini sudah mampu bergerak seperti biasa namun belum dapat berjalan dengan normal memandangkan kanak-kanak itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

"Sebaik tiub untuk bekalkan susu di hidungnya boleh ditanggalkan selepas dia mampu makan seperti biasa, anak saya dibenarkan pulang ke rumah.


"Hanya Allah sahaja tahu betapa leganya saya kerana selain keadaan anak semakin pulih, kami juga dapat menyambut Aidiladha di rumah.

"Anak juga sudah dapat makan minum seperti biasa tapi pergerakannya dilihat masih perlahan tambahan pula dia memang baru dapat berjalan kerana masalah kesihatan sejak lahir," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada sudah memaafkan atau tidak saudaranya yang kini sedang menjalani hukuman di penjara, wanita itu enggan menjawab sebaliknya memberitahu dia belum dapat melupakan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian 18 Jun lalu, kanak-kanak berusia empat tahun yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Dabong, di sini, kritikal selepas dikesan terdapat methampethamine dalam badannya ketika di bawah jagaan seorang saudaranya.

Dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hampir tiga minggu.

Sepanjang anaknya menerima rawatan di hospital, dia yang menghidap kanser payu dara tahap akhir berkata, dia menguruskan mangsa berseorangan walau diri sendiri menanggung kesakitan.

"Saya kini semakin kerap berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari.

"Walau apa sekalipun, saya perlu menguruskan anak dan kami juga menumpang orang tua yang sudah uzur dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... f-dadah-makin-pulih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 01:30 PM | Show all posts
alhamdulillah. semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya budak ni, rupanya oku juga. Moga dipermudahkan urusan sekeluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list