CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

[Sarawak] Penjual ikan rugi RM69,700 gara-gara skim pinjaman tidak wujud dalam talian

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Hasrat seorang penjual ikan untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM60,000 tidak kesampaian apabila mengalami kerugian RM69,700 selepas diperdayakan dalam skim pinjaman tidak wujud dalam talian.

Mangsa berusia 38 tahun dari daerah ini diperdaya setelah berurusan dengan suspek yang menyamar sebagai ejen bank di media sosial Facebook sejak Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa terlalu mudah percaya apabila hanya menuruti arahan suspek untuk memenuhi syarat-syarat yang diberikan, termasuk membuat pembayaran yang melebihi jumlah pinjamannya.

"Mangsa telah membuat sebanyak 13 transaksi pembayaran melalui perbankan Internet dan mesin deposit tunai (CDM) melibatkan keseluruhan bayaran berjumlah RM69,700 ke dalam lapan akaun bank dari 22 Jun hingga 8 Julai," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Zulkipli berkata, kesemua pembayaran tersebut kononnya untuk proses pinjaman termasuk dokumen perbankan, pendaftaran, yuran pemprosesan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera.

"Mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang berkenaan setelah mendapat kelulusan pinjaman, namun semuanya penipuan semata-matanya," katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis setelah gagal menghubungi ejen bank berkenaan.

Sehubungan itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran pinjaman wang dalam talian.

"Semak terlebih dahulu kesahihan perkhidmatan pinjaman dalam talian dengan pihak bank tempatan bagi mengelakkan diri ditipu," tegasnya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre menerusi talian 03-26101559 atau 03-26101599 atau memuat naik aplikasi Semak Mule http://semakmule.rmp.gov.my dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertrmp.


utusanborneo.com.my/2022/07/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.130429 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list