CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

[Sabah] Kes baharu COVID-19 di Sabah terus meningkat

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode


MASIDI

KOTA KINANALU: Angka jangkitan harian COVID-19 terus meningkat hari ini dengan 274 kes baharu, pertambahan 13 kes berbanding jumlah pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan jangkitan baharu yang amat tinggi dengan 137 kes, pertambahan 54 kes berbanding hari sebelumnya.

"Hampir 70 peratus daripada angka jangkitan di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.

"Enam daerah lain mencatat peningkatan jangkitan harian termasuk Putatan 21 kes (+4), Tuaran 16 kes (+5) dan Tawau 14 kes (+7)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu berbanding tujuh daerah sahaja yang mencatatkan peningkatan, tetapi kadar penurunan kes di daerah-daerah tersebut adalah kecil.

Katanya, peningkatan kes-kes baharu yang banyak di beberapa daerah khususnya Kota Kinabalu mengakibatkan jumlah kes baharu bagi Sabah terus berada pada tahap tinggi.
"11 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu berbanding lapan daerah semalam.

"Sebanyak 271 daripada 274 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala terdapat satu kes dalam Kategori 3 dan dua kes dalam Kategori 4," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.268093 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list