CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 1

[Kelantan] Dituduh goda isteri, lelaki tumbuk suami sepupu

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Tanah Merah: Berang dituduh menggoda isteri orang, seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya.

Dalam kejadian pada jam 6 petang di sini, semalam, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami bengkak pada pipi kanan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian, mangsa pergi ke stesen teksi di bandar ini untuk berjumpa dengan suspek sebelum berlaku perselisihan faham.


"Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.

"Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang berusia 42 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk diambil keterangan untuk bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tumbuk-suami-sepupu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak bincang, mungkin salah faham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.285323 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list