View: 453|Reply: 0
|
[Kelantan]
KPDNHEP Kelantan rampas 2.1 tan minyak masak paket, 1.6 tan gula
[Copy link]
|
|
Sebanyak 2,210 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi dan 1,680kg gula dianggarkan bernilai RM10,313 ditemukan dalam lokasi penyimpanan yang tidak berlesen di Kok Lanas. FOTO IHSAN KPDNHEP
Kota Bharu: Sebanyak 2.1 tan minyak masak paket bersubsidi dan 1.6 tan gula dirampas pada serbuan di sebuah premis borong di Kok Lanas dekat sini, jam 5 petang semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan Aswadi Jaafar berkata, serbuan dibuat terhadap premis borong berlesen itu yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
"Minyak masak paket serta gula itu bernilai lebih RM10,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu mengalih di tempat yang tidak dilesenkan dan melanggar Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan 1974.
"Turut disita adalah dokumen berkaitan manakala pemilik premis borong yang juga warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada kenyataan hari ini.
Aswadi berkata, kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras ketirisan barang kawalan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-paket-16-tan-gula |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|