CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Terengganu] Lebih 3,000 akan didaftar sebagai asnaf akibat peningkatan kos sara hidup

[Copy link]
Post time 27-7-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

DR Ahmad Azrin (kanan) menyampaikan bantuan kepada lima keluarga yang mengalami kerosakkan rumah akibat ribut di Kampung Kolam. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangkakan berlaku penambahan bilangan asnaf fakir dan miskin di negeri ini melebihi 3,000 orang berikutan kesan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, dalam rekod Maidam kini, ada 21,197 penerima dan pihaknya giat mendaftar asnaf baru yang dijangka mencecah 25,000 penerima bantuan keseluruhan selepas ini.

Menurutnya, kesan ekonomi mengakibatkan berlakunya inflasi hingga kuasa beli menurun dan ia turut memberi tempias kepada golongan tertentu, terutama yang tidak berpendapat tetap.


"Sepanjang enam bulan tahun ini, Maidam sudah mengagihkan bantuan berjumlah RM120 juta kepada asnaf fakir dan miskin di negeri ini.

"Sasaran pungutan zakat untuk tahun ini ialah RM236 juta. Tahun lalu, Maidam memperoleh RM205 juta," katanya ditemui ketika melawat dan mengagih bantuan kepada mangsa ribut di Kampung Kolam di sini, hari ini.

Menurutnya, Maidam juga memperuntukkan RM23 juta dan akan diagihkan secara sekali bayar kepada asnaf pada bulan depan dengan jumlah antara RM800 hingga RM1,000, bergantung kepada isi rumah.

Katanya, bantuan berkenaan bagi meringankan beban asnaf berikutan peningkatan kos sara hidup dan peruntukan terbabit tidak termasuk dalam jumlah agihan RM120 juta yang sudah diberikan kepada asnaf.

Beliau berkata, Maidam kini memberi tumpuan bagi memperkasakan bantuan bulanan kepada asnaf dan tidak lagi menumpukan kepada bantuan sara hidup (setahun sekali).

"Contoh, penerima menerima RM2,000 setahun namun batuan yang diberikan itu dilihat tidak bertahan lama dan dalam tempoh satu dua bulan, ia akan habis digunakan.

"Justeru, bantuan bulanan dengan meningkatkan jumlah amaun mengikut isi rumah dilihat lebih efisyen dalam membantu golongan asnaf dan bukannya bantuan setahun sekali," katanya.

Menurutnya, kesan ekonomi dilihat memberi impak kepada golongan tertentu hingga mengakibatkan mereka layak menerima bantuan sebagai asnaf.

Katanya, oleh itu pihaknya akan berusaha membantu mendaftar golongan yang layak seramai lebih 3,000 orang sebagai penerima bantuan Maidam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atan-kos-sara-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list