CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Sarawak] Jabatan Kesihatan sentiasa pantau trend kes baharu COVID-19

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sentiasa memantau trend kes baharu COVID-19 di Sarawak serta mengambil langkah kesiapsiagaan untuk memberi bantuan dan rawatan pada setiap masa di semua fasiliti kesihatannya.

Demikian kata Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Oii Choo Huck yang menambah, pihaknya juga akan memastikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di semua bahagian bersedia untuk diaktifkan sekiranya kes meningkat.

"Kita juga akan menawarkan ubat Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk di CAC (Pusat Penilaian COVID-19) atau klinik kesihatan dan hospital kerajaan terpilih," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dr Ooi berkata, golongan berisiko tinggi seperti pesakit yang menghidapi diabetes, darah tinggi, masalah buah pinggang, asma, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung dan kanser digalakkan tampil untuk penilaian kesihatan bagi ubat penawar tersebut dengan kadar yang segera.

Senarai CAC di klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang menawarkan ubat Paxlovid akan dikemas kini dalam laman sesawang https://covid19.moh.gov.my/ dari semasa ke semasa.

Sementara itu, beliau mengingatkan masyarakat Sarawak agar tidak leka dan mengambil langkah-langkah pencegahan pada setiap masa bagi mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan COVID-19.

Menurutnya, terdapat peningkatan kes COVID-19 di Sarawak pada Minggu Epidemiologi ke-29 dengan 437 kes dilaporkan berbanding dengan 367 kes pada Minggu Epidemiologi ke-28.

Katanya, sebanyak 57,008 kes COVID-19 telah dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 26 Julai menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak sebanyak 309,308 kes.
Namun katanya, kebanyakan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah dalam kategori 1 dan 2, dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Pemantauan Jabatan Kesihatan juga mendapati kadar penggunaan katil ICU masih berada pada paras yang memuaskan iaitu sebanyak 2.9 peratus dari jumlah keseluruhan katil ICU pada 24 Julai 2022.

Bagaimanapun katanya, bilangan kematian disebabkan COVID-19 di Sarawak turut menunjukkan peningkatan dengan sejumlah lapan kes kematian bagi tempoh 1 Julai hingga 25 Julai 2022, berbanding hanya tiga kematian bagi bulan Jun 2022.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan menyeru kepada orang ramai agar memakai pelitup muka terutamanya apabila berada di dalam premis serta di kawasan yang sesak atau ramai orang.

Kekalkan penjarakan fizikal pada setiap masa serta menjalankan saringan kendiri ataupun di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas.

"Sekiranya dikesan positif, patuhi arahan isolasi seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan orang ramai diseru untuk tampil ke mana-mana fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mempunyai tanda amaran atau terdapat sebarang pertanyaan," katanya.

Bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, petugas barisan hadapan atau individu dengan komorbid yang telah mendapatkan dos penggalak pertama, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua selepas enam bulan menerima dos penggalak pertama.


utusanborneo.com.my/2022/07/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list