CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Sarawak] Kenapa vape mesti diharamkan?

[Copy link]
Post time 28-7-2022 09:06 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Peniaga rokok elektronik (vape) di bandar ini memohon kerajaan membuat pertimbangan secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bertindak mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di Malaysia.

Jurucakap peniaga vape bandar ini Mohammad Amir berkata, pengharaman vape di negeri itu akan menjejaskan perniagaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

“Saya akur kerajaan mahu mengekalkan kesihatan dan keselamatan orang ramai, namun kerajaan juga perlu memikirkan perniagaan orang muda seperti kami lebih-lebih lagi dengan kekangan pekerjaan pada masa ini.

“Bukan itu sahaja, peniaga vape telah banyak melaburkan wang yang besar malah ada di antara mereka membuat pinjaman bank untuk dijadikan modal semata-mata bagi melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan,” katanya semalam.

Tambah Amir, langkah kerajaan ini juga dikhuatiri akan membawa vape ke pasaran gelap. “Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan dan menyediakan garis panduan mengenai penjualan dan penggunaan vape.

Sebagai contoh jika ia diharamkan kepada mereka yang lahir selepas 2005, mungkin garis panduan yang boleh digunakan adalah tidak menjual kepada generasi ini. “Kami tidak ada masalah untuk patuhi garis panduan seperti ini jika ia disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Manakala bagi salah seorang peniaga produk yang sama Shareyna Abdullah, dia menyatakan bahawa, vape bukannya rokok tembakau dan larangan sebegitu tidak patut dikenakan ke atas industri vape.

“Kerajaan perlu mengambil kira masa depan industri vape tempatan serta potensi industri vape dalam mengambil alih industri rokok tembakau memandangkan semakin ramai perokok mula bertukar kepada vape sebagai alat berhenti merokok.

“Malah, kemudaratan rokok dan vape adalah berbeza sama sekali dan peraturannya juga harus berbeza,” tegasnya yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mengharamkan industri vape.

Sehubungan itu, Shareyna menyeru kerajaan untuk mengkaji semula langkah dan cadangan generasi penamat ini.  Katanya, langkah ini akan memberikan tamparan yang hebat kepada usahawan tempatan dan pekerja dalam industri ini.

Baru-baru ini, Kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kesihatan berkenaan larangan penjualan dan pemilikan vape kepada individu yang lahir dari tahun 2005 dan ini akan menyebabkan industri vape tempatan diharamkan pada masa akan datang.


sarawakvoice.com/2022/07/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.087282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list