CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Sabah] Polis musnahkan sarang judi sabung ayam

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Polis memusnahkan gelanggang perjudian sabung ayam dalam operasi serbuan tersebut.

TAWAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menggagalkan aktiviti perjudian sabung ayam di sebuah kawasan ladang di daerah ini, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai aktiviti ini.

Katanya, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Tawau segera ke lokasi kejadian bagi menjalankan serbuan.

“Semasa serbuan, mendapati beberapa gelanggang sabung ayam sudah siap dibina di kawasan tersebut dan bersedia menjalankan aktiviti perjudian.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan semasa serbuan dijalankan,” katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan serbuan segera memusnahkan binaan gelanggang berkenaan dan memberi amaran terhadap penganjur perjudian tersebut.

Jasmin berkata operasi dan serbuan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti perjudian terutamanya di kawasan ladang.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak Polis melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/31/polis-musnahkan-sarang-judi-sabung-ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.129257 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list