CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

[Sabah] Sijil peperiksaan SPC tidak diiktiraf sangat mengecewakan

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:52 AM | Show all posts |Read mode


SIM FUI

KOTA KINABALU: Tindakan Kementerian Pendidikan untuk tidak mengiktiraf peperiksaan bersepadu di Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Malaysia adalah mengecewakan.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, tindakan itu juga sekali gus dilihat tidak menghargai pencapaian serta pengorbanan para pelajar yang juga rakyat Malaysia.

"Kementerian bukan sahaja tidak melakukan yang terbaik terhadap persekitaran pembelajaran sama rata tetapi berat sebelah kepada rakyat Malaysia.

"Ini boleh disifatkan wujudnya sentimen perkauman dan agenda tertentu dan tujuan itu boleh dipersoalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kini katanya, ramai dalam kalangan ibu bapa bukan Cina turut menghantar anak mereka belajar di sekolah persendirian kerana mereka mahukan penekanan pembelajaran 'trilingualism' kepada anak masing-masing.

Katanya, pendekatan seumpamanya akan mampu memberikan kelebihan daya saing kepada para pelajar tetapi usaha seumpamanya disekat.

"Ideologi negatif masih wujud dalam kementerian, bukan saja menggagalkan suasana pembelajaran yang baik tetapi juga memburukan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Menterinya baru-baru ini yang mengumumkan untuk tidak mengiktiraf sijil peperiksaan  bersepadu sekolah menengah persendirian adalah mengecewakan.

"Katanya, keputusan diambil bagi mematuhi peruntukan dalam dasar pendidikan negara dan semua sijil atau diploma mesti diiktiraf kerajaan. Ini juga sebagai memenuhi keperluan masa depan negara, perpaduan rakyat selaras dengan prinsip kenegaraan Malaysia," katanya.

Sim Fui berkata, pihak kementerian turut menjelaskan sistem pendidikan diguna pakai SPC iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar adalah tidak konsisten.

Berikutan itu, Sim Fui berkata, para pelajar sekolah persendirian perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai tambahan kepada peperiksaan bersepadu SPC.

"Kelebihan menguasai bahasa mandarin oleh golongan bukan Cina sentiasa dipuji oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi malangnya kerajaan Malaysia sentiasa menyekat kelebihan ini.

"Malaysia sudah merdeka lebih 60 tahun, rakyatnya sudah membangun dalam suasana harmoni, tetapi masih wujud pemimpin bersifat pelampau yang sentiasa mahu menjejaskan keharmonian yang dicapai," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/29/sijil-peperiksaan-spc-tidak-diiktiraf-sangat-mengecewakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.205848 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list