CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari sambut hari jadi esok, enggan rakan iklan di akhbar

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Datu Patinggi Tan Sri Abang Johari  Tun Openg menghargai niat murni rakan-rakan beliau untuk memasangkan iklan dalam akhbar sempena hari jadi beliau ke-73 esok.

Namun, menurut Pejabat Premier Sarawak, beliau tidak mahu rakan-rakan dan orang ramai berbelanja untuk iklan sedemikian.

Jelas kenyataan itu lagi, saranan berkenaan diberikan memandangkan keadaan sukar ekonomi semasa di samping keperluan untuk membendung inflasi.

Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang dan anak Gabenor pertama Sarawak, Tun Datuk Abang Openg Abang Sapiee.

Ketika itu, ayah beliau ialah Pegawai Daerah Limbang, antara anak tempatan terawal menjawat jawatan itu di bawah pemerintahan penjajah British.

Pada tahun lepas, saranan sama turut dikemukakan Abang Johari dan meminta  peruntukan untuk membeli iklan mengucapkan selamat hari jadinya di sebaliknya disalurkan kepada Tabung Amanah Bencana Covid-19 Negeri.


https://sarawakvoice.com/2022/08/03/abang-johari-sambut-hari-jadi-esok-enggan-rakan-iklan-di-akhbar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048492 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list