CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

[Sarawak] Pastikan bekalan darah cukup

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tabung darah di seluruh Sarawak mengambil langkah bersiap sedia, bagi memastikan bekalan darah untuk kegunaan hospital di seluruh negeri ini mencukupi. Susulan itu, Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) ingin menjemput orang ramai untuk menyertai kempen derma darah yang dilaksanakan di beberapa tempat sepanjang minggu ini.

Berdasarkan jadual Kempen Derma Darah yang disiarkan di laman Facebook Blood Bank Sarawak General Hospital, kempen derma darah ini akan dilaksanakan di Pusat Tabung Darah HUS bermula semalam hingga 5 Ogos ini.

“Bermula Isnin hingga Khamis, kami akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 1 petang dan disambung semula pada jam 2 petang hingga jam 4.30 petang. Manakala Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi dan disambung pada jam 2.15 petang hingga 4.30 petang.

“Selama lima hari ini, kami menyasarkan untuk mencapai sebanyak 150 beg darah yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi. Manakala pada hari yang sama iaitu 3 Ogos (Rabu) ini, SALCRA Samarahan juga akan menganjurkan aktiviti derma darah bertempat di Dewan Persidangan Tingkat Lima bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Walaupun ia terbuka kepada kakitangan Salcra Samarahan sahaja, kami menyasarkan untuk mencapai sehingga 50 beg darah,” ujarnya. Sementara pada hujung minggu ini, Tabung Darah HUS mendedahkan tiga kempen akan diadakan di sekitar bandar raya pada Sabtu dan Ahad (6 dan 7 Ogos). Pada Sabtu, Persatuan Veteran ATM India Sarawak (PERIM) akan menganjurkan kempen menderma darah di Dewan Persatuan India Kuching dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak pula akan menganjurkan kempen serupa di Pasar Raya Farley, dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Pada hari Ahad, kempen derma darah anjuran Persekutuan Belia Cina akan diadakan di Pusat Tabung Darah HUS dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Bagi yang ingin menderma, perlu diingatkan untuk membuat persediaan sebelum menderma darah seperti makan dan minum air kosong (secukupnya) sebelum menderma;

membawa kad pengenalan, kad atau buku derma darah (jika ada) atau pasport (bukan warganegara) dan datang awal sebelum masa pendaftaran ditutup.

Maklumat mengenai lokasi unit tabung bergerak ini boleh diketahui dengan melayari laman web http://hus. moh.gov.my, laman Facebook rasmi ‘Blood Bank Hospital Umum Sarawak’,

Instagram ‘bloodbankhus’, Twitter ‘@ bloodbankHUS’ atau hubungi 082-276797.


https://sarawakvoice.com/2022/08/03/pastikan-bekalan-darah-cukup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.167528 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list