CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 0

[Sarawak] Kes bunuh remaja, 12 suspek ditangkap

[Copy link]
Post time 4-8-2022 07:57 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seramai 12 suspek ditangkap membabitkan sembilan lelaki dan tiga perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang remaja lelaki pada 29 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia antara 14 dan 50 tahun.

Menurutnya, suspek-suspek itu ditangkap dalam beberapa siri tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

"Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut, di mana tangkapan terbaharu adalah pada 2 Ogos melibatkan dua lelaki dan seorang perempuan berusia 14 tahun hingga 19 tahun.

"Polis akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

Mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dipercayai dipukul beramai-ramai di Jalan Tun Jugah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kisah percintaan mangsa.

Bagaimanapun, siasatan lanjut kes masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sepekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/kes-bunuh-remaja-12-suspek-ditangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.470516 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list