CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 1

[Sarawak] Dua tidak mengaku tanam pokok ganja di Sungai Bidut

[Copy link]
Post time 4-8-2022 08:24 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menanam 60 pokok ganja di sebuah rumah tidak bernombor di Sungai Bidut, 27 Julai lepas.

Hakim Marutin Pagan yang mendengar kes, kemudian menetapkan kes disebut semula pada 12 September ini terhadap tertuduh, Clement Wong, 35, dan Wong Mee Hui, 29.

Kedua-dua mereka yang didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin.

Seksyen 6B(3) ini memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, kedua-dua mereka didakwa bersama menanam 20 pokok ganja di tingkat atas sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Hock Chuong pada 27 Julai lalu, kira-kira jam 8.15 pagi.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik IPD Sibu telah melancarkan satu operasi di kawasan Sungai Bidut dan telah berjaya menangkap dua lelaki dan tiga wanita, termasuk seorang lelaki dan wanita warganegara asing.

Pihak polis turut merampas pokok ganja bernilai RM56,346 serta menyita harta bernilai RM40,000 membabitkan sebuah kereta.

Ujian saringan awal air kencing juga mendapati seorang lelaki tempatan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) sementara yang lain negatif dadah.

Kesemua mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah atau jenayah.

Modus operandi suspek dengan menjadikan kawasan kebun sayur di Sungai Bidut sebagai tapak tanaman pokok ganja bagi mengaburi kegiatan haram tersebut daripada pengetahuan pihak berkuasa.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/dua-tidak-mengaku-tanam-pokok-ganja-di-sungai-bidut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 09:38 PM | Show all posts
hairan mcmana pulis bleh tau ade ganja kt situ ye....puas sorokkan kantoi juga....mesti kwn2 rapat yg repot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045671 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list