CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Terengganu] Tikar Che Wir Som dapat sambutan

[Copy link]
Post time 4-8-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Tikar diperbuat daripada daun pandan laut yang dihasilkan warga emas bukan saja dapat dipasarkan di dalam negara malah hasil kerja tangan itu turut mendapat perhatian pelanggan luar negara.

Che Teh Ambak, 70, atau lebih mesra dengan panggilan Che Wir Som dalam kalangan penduduk Kampung Gong Batu, Setiu, berkata, dia mula membuat anyaman tikar itu sejak 16 tahun lalu.

Menurutnya, bahan asas dalam pembuatan tikar itu ialah daun pandan laut yang diperoleh di sekitar kawasan pantai kampungnya sebelum diproses untuk dijadikan tikar.


"Alhamdulillah berkat kerja yang dilakukan, tikar ini dapat dipasarkan bukan hanya dalam negara malah hingga ke Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan England.

"Biasanya tikar dihasilkan dengan menggunakan daun mengkuang namun saya memilih untuk membuat tikar dengan daun pandan laut kerana bahan utama itu mudah diperoleh di kampung saya," kata ibu kepada 13 cahaya mata itu.

Menurutnya, pendapatan bulanan bergantung kepada hasil jualan antara RM400 hingga RM1,500 sebulan dan tikar yang siap dianyam akan diambil oleh peniaga untuk dipasarkan.

Katanya, selain membuat tikar, dia turut dijemput untuk membuat demonstrasi anyaman dan dari situ dapat membantu menambah pendapatannya.

"Walaupun sudah berusia namun kudrat saya masih kuat untuk melakukan kerja ini selain dapat menambah pendapatan keluarga dan memenuhi permintaan pelanggan.

"Selain itu saya juga salah seorang peserta di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC)," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan dan Penyerahan Kit Permulaan Perniagaan Program Pembangunan Usahawan Mikro Baharu Empower ECER, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat.

Seorang lagi peserta, Rosliza Bidin, 33, dari Kampung Manir, di sini, berkata, sebelum menyertai kursus bersama ECERDC dia hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

"Namun, selepas menyertai program ini saya mampu menjana pendapatan mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan dengan menyediakan khidmat solekan dan butik pengantin.

"Walaupun sudah 15 tahun menceburi bidang ini namun ilmu perlu ditimba setiap masa mengikut peredaran zaman, oleh itu saya memilih menyertai kursus bersama ECERDC bagi meningkatkan kemahiran daripada semasa ke semasa," katanya.


CHE Tah menerima Anugerah Khas Peserta Usahawan Komuniti pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan dan Penyerahan Kit Permulaan Perniagaan Program Pembangunan Usahawan Mikro Baharu Empower ECER. FOTO Ghazali Kori

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-sambutan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list