CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hakisan ancam Pantai Batu Feringgi

[Copy link]
Post time 6-8-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-8-2022 02:21 PM

Hakisan ancam Pantai Batu Feringgi

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]




KAWASAN pesisir pantai Batu Feringghi, di sini, yang dahulu dikenali dengan keindahannya kini dipenuhi bongkah batu bagi menahan hakisan tebing. FOTO Zuhiny Zulkiffli




Georgetown: Ancaman hakisan yang berlaku sejak dua tahun lalu menimbulkan kebimbangan orang ramai terutama pengunjung dengan kemungkinan Pantai Batu Feringgi di sini akan lenyap.

Hakisan dikatakan semakin buruk terutama pada musim tengkujuh susulan ombak besar menyebabkan banyak tebing runtuh.
Operator sukan air, K Loganathan, 39, berkata susulan beberapa kejadian tebing runtuh, pihak berkuasa tempatan sudah mengambil inisiatif dengan meletakkan bongkah batu bagi menahan hakisan.

"Namun baru-baru ini akibat ombak kuat, sebahagian batu besar hanyut terdampar di pesisir pantai dan jika dibiarkan pantai ini akan dipenuhi batu berkenaan serta mencacatkan pemandangan.

"Selain itu kita bimbang jika tiada tindakan proaktif dilakukan akan menyebabkan masalah hakisan pantai di sini bertambah buruk dan tidak mustahil pantai ini lenyap suatu hari nanti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu pada Februari, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) setinggi 10 meter yang terletak di pesisir pantai itu, tumbang pada 3.40 pagi berikutan hakisan berkenaan.

Tinjauan terkini mendapati keadaan hakisan menjadi semakin buruk dipercayai akibat perubahan iklim dan sebahagian kawasan pantai sudah tidak sesuai dikunjungi.

Pihak pengurusan hotel berhampiran juga meletakkan papan tanda amaran mengenai hakisan berkenaan selain memasang tali sebagai penghadang.

Sementara itu Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang juga aktivis alam sekitar, NV Subbarow berkata, pihaknya menerima aduan mengenai keadaan itu sejak tahun tahun lalu.

Beliau berkata, hakisan yang pada mulanya membabitkan sepanjang 20 meter kini sudah merebak sehingga hampir lima kilometer di pesisir pantai.

"Runtuhannya pernah mencapai setinggi lebih dua meter (enam kaki) dan terdapat banyak pokok di tebing yang hanya menunggu masa untuk tumbang, dibimbangi membahayakan keselamatan pengunjung.

"Kejadian ini sudah lama berlaku dan juga diketahui oleh pihak berkuasa tempatan justeru, mereka perlu mengambil tindakan berkesan bagi menangani masalah ini demi keselamatan orang ramai serta alam sekitar," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 6, 2022 @ 1:12pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.627020 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list