CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Pulau Pinang] Fasa 2 kerja mitigasi tangani hakisan Pantai Batu Feringghi dijangka Ogos

[Copy link]
Post time 7-8-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Kawasan pesisir Pantai Batu Feringghi yang dipenuhi bongkah batu bagi menahan hakisan tebing.- Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Fasa 2 kerja mitigasi jangka sederhana bagi menangani hakisan tebing di Pantai Batu Feringghi, di sini, dijangka bermula pada penghujung bulan Ogos.

Kerja yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri membabitkan pantai awam sepanjang 180 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata fasa 2 berkenaan adalah susulan kerja fasa pertama berikutan hakisan berhampiran Hotel Shangri-La Golden Sands, di sini.

"Pihak kontraktor kini masih menunggu material yang dipesan serta dijangka diperoleh pada penghujung bulan ini dan kerja fasa 2 akan dilaksana segera selepas itu.


"Pihak terbabit juga sudah memohon peruntukan kerajaan bagi kerja pembaikan jangka panjang kerana kosnya yang tinggi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zairil berkata, walaupun fenomena ombak besar sebegini berlaku setiap tahun tetapi hakisan berkenaan dipercayai bertambah buruk berikutan faktor perubahan iklim.

"Mengenai hakisan pantai berhampiran hotel, ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan hotel berkenaan.

"Pihak berkenaan juga sudah melantik perunding bagi mengkaji pelan mitigasi bagi tindakan selanjutnya," katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan mengenai hakisan tebing di Pantai Batu Feringghi yang semakin buruk dan dibimbangi membahayakan orang ramai selain menimbulkan persoalan mengenai pantai awam itu bakal lenyap jika keadaan berterusan.

Pada Februari lalu, sebuah menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) setinggi 10 meter yang terletak di pesisir pantai itu, tumbang pada 3.40 pagi berikutan hakisan berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -feringghi-dijangka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.260650 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list