|
MARC Anthoine Anne Mane ketika menerima rawatan. FOTO Ihsan JBPM
Kuantan: Seorang pelancong warga Perancis maut selepas pengsan ketika mendaki Gunung Jasar di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.
Marc Anthoine Anne Mane, 52, sedang mendaki ke puncak bersama lapan rakan serta seorang pemandu pelancong sebelum tiba-tiba rebah kira-kira 10.20 pagi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, mereka memulakan pendakian kira-kira 8.20 pagi dan seorang daripada kumpulan itu didapati tidak sedarkan diri ketika hampir tiba di puncak.
Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota bomba bersama polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.28 pagi.
"Sebaik tiba, komander operasi segera memberikan bantuan pernafasan sebagai rawatan awal, namun tiada sebarang tindak balas.
"Mangsa yang pengsan dibawa turun menggunakan pengusung sebelum kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lelaki terbabit meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands.
Difahamkan, sembilan pelancong luar itu membabitkan empat warga Perancis, empat warga Itali dan seorang warga Norway.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-daki-gunung-jasar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|