CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 1

[Kelantan] Mangsa kaki putus kerap tanya pasal ibu

[Copy link]
Post time 8-8-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Nora (tiga dari kiri) menyampaikan cek FPJ bernilai RM2,000 kepada Abd Hamid (dua dari kanan).
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami

PASIR PUTEH - Kanak-kanak lelaki yang putus kaki dalam kemalangan tragis ditimpa muatan besi dari sebuah treler terbalik di sini pada bulan lalu sering kali bertanyakan keberadaan ibunya kerana tidak menziarahi dia yang masih dirawat di hospital.

Lebih memilukan keadaan menimpa Mohamad Shahrul Rizal Mohd Azizi, 12, walau pun sudah hampir sebulan, dia belum mengetahui hakikat bahawa ibunya, Yusni Hamid, 32, sudah meninggal dunia dalam kemalangan pada 14 Julai lalu itu.

Datuk kanak-kanak terbabit, Abd Hamid Md Ali, 62, berkata, anak sulung daripada tiga beradik tersebut masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, berita sedih kematian Yusni terpaksa dirahsiakan sementara waktu daripada pengetahuan Mohamad Shahrul Rizal kerana cucunya itu masih dalam proses pemulihan kesan cedera kaki kiri yang terputus.

“Kerap juga dia bertanya di mana ibunya dan saya terpaksa menipu bahawa ibunya itu sedang bekerja di Pulau Pinang dan tidak dapat pulang kerana cuti tidak lulus.

“Dia seperti curiga dan dapat mengagak keadaan ibunya tetapi tetap kelihatan kuat semangat dan tidak menangis,” katanya ketika ditemui semasa penyerahan cek Faedah Pengurusan Jenazah (FPJ) bernilai RM2,000 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumahnya di Kampung Gong Kala, di sini, pada Isnin.

Hadir menyerahkan cek tersebut ialah Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Menurut Abd Hamid, Mohamad Shahrul Rizal juga masih mengingati dengan jelas detik kejadian kemalangan yang menimpa mereka dan bercerita tentang kejadian itu.


“Semasa kejadian, dia sendiri yang memberitahu orang ramai di tempat kejadian, ibunya ditimpa besi dan berada di bawah timbunan bahan binaan itu serta hanya nampak bahagian kaki.

“Dia juga menceritakan kakinya putus kerana terkena besi yang jatuh dari treler tersebut selain luka di kepala dan gigi patah, hanya tinggal sebatang,” katanya.

Katanya, Mohamad Shahrul Rizal bersama dua lagi adik lelakinya, Mohamad Khairul Ashraf, 8, dan Mohamad Fakrul Hisham, 6, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang itu akan terus tinggal bersama datuk mereka di kampung itu selepas ini.


Abd Hamid bersama anak ketiga arwah, Mohamad Fakrul Hisham melihat gambar Mohamad Shahrul Rizal yang masih dirawat di Hospital USM.

“Tunggu apabila kesihatan Mohamad Shahrul Rizal benar-benar pulih, saya akan beritahu juga kepadanya tentang keadaan sebenar ibunya yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata, Perkeso membayar Pencen Penakat berjumlah RM484.50 setiap bulan kepada tiga kanak-kanak itu sehingga mereka mencapai usia 21 tahun.

“Bayaran akan diteruskan jika mereka menyambung pengajian di mana-mana institusi awam atau swasta selain bayaran FPJ sebanyak RM2,000 yang dibuat menerusi akaun datuk mereka sebagai penjaga kerana kesemua penerima masih kecil.

“Arwah bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Pulau Pinang dan mencarum Perkeso hingga melayakkan anak-anaknya menerima faedah terbabit. Ini wajar dicontohi oleh semua pekerja supaya memastikan mencarum dengan Perkeso sebagai persediaan jika berlaku kemalangan mahu pun kematian,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... rap-tanya-pasal-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 12:32 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list