CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 0

[Sarawak] Kes Covid-19 di Sarawak terus meningkat, 602 jangkitan baharu minggu ke-31

[Copy link]
Post time 8-8-2022 07:00 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 602 kes bagi minggu epid ke-31 berbanding 505 kes minggu epid ke-30.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan media hari ini berkata, ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 310,243 kes.

Katanya, bagi minggu ke-31, sebanyak 594 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala lapan kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Kuching kekal mencatatkan angka kes tertinggi berbanding kawasan lain bagi minggu ini dengan 220 kes, diikuti 102 kes di Miri, Sibu (88), Bintulu (40), Samarahan (32) dan Sarikei (11).

“Manakala, Serian dan Kapit catat sembilan kes, lima kes dicatatkan di Limbang; Mukah, Sri Aman, Dalat dan Betong masing-masing (8); Simunjan dan Lubok Antu (6); Bau dan Subis (5); Daro dan Tanjung Manis (4); Lawas dan Saratok (3); Marudi dan Tatau (2) serta Matu, Asajaya, Meradong, Bukit Mabong dan Telang Usan masing-masing mencatatkan satu kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, satu kes kematian dilaporkan pada minggu ke-31 melibatkan satu kes di Sarikei.


https://sarawakvoice.com/2022/08/08/kes-covid-19-di-sarawak-terus-meningkat-602-jangkitan-baharu-minggu-ke-31/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 1.080937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list