CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dari Sarawak meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 8-8-2022 07:01 PM | Show all posts |Read mode


OTA KINABALU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang, Ranau, hari ini.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 laluan pendakian.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menerima panggilan kecemasan pada 1.23 tengah hari lalu 12 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Lelaki itu diberikan bantuan pernafasan menerusi tindakan awal oleh pasukan MOSAR, anggota Taman-Taman Sabah dan malim gunung sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 4.30 petang,” menurut kenyataan itu lagi seperti dipetik Bernama.

Sementara itu, menurut FMT mangsa berkenaan ialah lelaki dari Sarawak berusia 51 tahun.


https://sarawakvoice.com/2022/08/08/lelaki-dari-sarawak-meninggal-dunia-ketika-mendaki-gunung-kinabalu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062575 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list