CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket sembunyi dadah dalam acuan simen tumpas

[Copy link]
Post time 8-8-2022 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket sembunyi dadah dalam acuan simen tumpas

Nur Izzati Mohamad
[email protected]




MOHD Radzi (tengah) dan pegawainya menunjukkan sejumlah dadah berserta acuan simen yang dirampas dalam serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth. FOTO Nur Izzati Mohamad.




Kepala Batas: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan serbuk methylenexiody-methamphetamine (MDMA) selepas menahan lima sekeluarga serta seorang wanita dalam empat serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth.

Serbuan bermula 2.30 petang hingga 11 malam Khamis itu dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, dan turut merampas dadah keseluruhan hampir 14.1 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM694,412.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, serbuan pertama di hadapan premis dekat Bayan Lepas yang membolehkan lelaki dipercayai ketua sindiket berusia 36 tahun dan teman wanitanya umur 32 tahun ditahan.

Katanya, siasatan lanjut terhadap pasangan itu membawa kepada serbuan kedua di rumah di Taman Bagan, Butterworth yang menahan empat lagi suspek iaitu ibu bapa, adik lelaki dan adik ipar kepada suspek pertama berusia antara 32 hingga 66 tahun.

"Seterusnya serbuan dibuat ke atas syarikat penghantaran di Bayan Lepas dan pemeriksaan menemui bungkusan mengandungi dadah jenis syabu yang ingin dihantar ke luar negara oleh pasangan berkenaan.

"Polis kemudian melancarkan semula serbuan keempat di rumah sama (Taman Bagan) dan menjumpai sejumlah syabu yang disembunyikan dalam acuan simen, yang mana ia adalah modus operandi sindiket bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Selain itu, pasukan merampas serbuk MDMA, dengan keseluruhan dadah dianggarkan RM694,412. Kita menyita kenderaan bernilai RM23,000 dan wang tunai berjumlah RM1,500," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Mohd Radzi berkata, sindiket itu aktif mengedar dadah sejak Jun lalu yang memfokus pasaran tempatan dan luar negara, yang mana serbuk MDMA dijual di pusat hiburan pada harga antara RM150 ke RM180 setiap pek.

Katanya, syabu pula dijual ke pasaran luar negara, namun polis masih menyiasat lokasi dadah itu dihantar.

"Semakan dibuat mendapati tiga daripada enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mereka negatif dadah.

"Semua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat lalu hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seorang lelaki 26 tahun ditahan di sebuah rumah di Mak Mandin, Butterworth pada 4.30 petang tarikh sama oleh pasukan IPD Seberang Perai Utara dan merampas sejumlah dadah jenis ketamin, ekstasi, eramin 5 dan serbuk MDMA.

Menurutnya, sebuah kenderaan turut disita dengan nilai keseluruhan rampasan adalah RM70,800, manakala suspek yang positif dadah direman lima hari hingga esok.




Disiarkan pada: Ogos 8, 2022 @ 6:03pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.062448 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list