CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Kedah] Stor rumah jadi bengkel motosikal lumba haram

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA motosikal yang dirampas di bengkel haram di Langgar. FOTO Ihsan Polis.

Alor Setar: Bengkel haram yang dikendali di stor rumah di Langgar, di sini hanya sempat beroperasi dua minggu sebelum diserbu polis, tengah hari tadi.

Difahamkan bengkel itu memberi perkhidmatan ubah suai motosikal untuk kegunaan aktiviti lumba haram di daerah ini.

Serbuan dilakukan pasukan Bahagian Risikan/Operasi/Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Abu Khairi Ahmad pada 1.30 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis turut menahan suspek berusia 40-an yang dipercayai menguruskan bengkel itu di kawasan rumahnya.

"Turut dirampas lima motosikal jenis Honda dan Yamaha yang sudah diubah suai dipercayai untuk kegunaan lumba haram termasuk satu rangka motosikal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati nombor enjin dan casis semua motosikal itu sudah diganggu dan suspek juga mengaku membeli motosikal terbabit daripada lelaki lain di daerah terbabit.

"Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1959," katanya yang memberitahu siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti pembabitan suspek dengan kegiatan curi motosikal dan lumba haram.

Dalam serbuan lain di Kampung Sungai Baru Tengah, seorang lagi lelaki ditahan bersama motosikal yang dilapor hilang Februari lalu di kawasan Kuala Sungai Mukim Kubang Rotan.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tosikal-lumba-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list