|
Bot yang dilaporkan karam pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Redang hingga menyebabkan lima lelaki hilang. FOTO IHSAN APMM
Kuala Terengganu: Identiti lima lelaki yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam di perairan Pulau Redang kelmarin sudah dikenal pasti.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mangsa yang hilang dikenal pasti itu adalah ZulkifliUmar, 48; Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49; Saludin Ismail, 50; Ahmad ZamriIshak, 66, dan Mohd Nazri Abu Bakar,48.
Beliau berkata, semuamangsa yang hilang berasal dari Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.
Lima lelaki termasuk tekong dikhuatiri hilang, manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Redang kelmarin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|